Thursday, July 23, 2009

manikmanikmanik......

terima kasih kepada ija, co-mate yg sudi mengajar jahit manik ni. rupenyer seronok jahit manik ni. leka dibuatnyer apatah lagi dgn kombinasi warna yg cantik berpinau bijik mata. kalau kreatif, masyallah hasilnyer xleh nak cite...marvellous!!! bila tgk website beader2 lain, mmg advance la diaorg mcm2 patern. patern simple pun nampak menarik dan mcm mahal jer bila terletak kat baju.


nak jahit tudung...nak jahit tudung

ni kain dah lama dibeli, buatnyer lum lagi.



tapi bila tengok ajnie buat tudung, bersemangat pulak rasanyer nak mula menjahit tudung. 2 hari sebelum ni spend masa, buat pola dan potong kain. semalam baru mula menjahit.


kain tudung 1m ngam-ngam boleh dapat 2 tudung ala ariani & ala hajaba saiz L. saiz L ni ukuran dada 18-20" yg penting mesti tutup dada kan. kalau nak labuhkan lagi, tambah 4" jadi saix XL. ala...hentam jer saiz tu, x pasti kalau org lain ukur macamane.



memula potong utk ariani, pastuh baru potong utk hajaba. kalau 2 ariani atau 2 hajaba x cukup pulak. seb baik hajaba ni ada 2 potongan. so boleh amik mane2 bahagian kain yg lebih tu.

tudung ni lum siap sebenornyer..hehehe..fininshing cap dan tepi body lum sempat jahit. to be continued esok lusa kot hehehe..





















model x bertauliah dgn tudung ariani yg x berapa nak siap. tu saiz L, mmg buat labuh melepasi dada. kalau nak bergaya sket, pinkan kiri dan kanan tudung supaya terletak di atas bahu. body tudung akan nak beralun gitu...





Friday, July 10, 2009

baju kurung tradisional

sebenarnya dah lama teringin nak buat baju sendiri. cuma takde kesempatan, sibuk jer. masa utk diri sendiri pun x susah. ingat nak belajar sendiri guna nota tapi x tahu macamane nak mula, terus blurrr. asas langsung xde. masa sekolah dulu tak amik SRT pun..huhuhu. dunia jahit cuma tahu jarum dan benang jer.


tapi kalau dah minat, kena la buat sesuatu bagi jadik kan. akhirnya dapat jugak register kelas jait. awal-awal lagi dah bagitau cikgu mmg kite xde asas menjait nih. minta ajar dari zero. seb baik la cikgu sabar, memula berkenalan dgn peralatan jait termasuk mesin jait. sebelum kelas, kena sediakan alat menjahit dulu. gunting kain dgn gunting kertas pun x tahu nak bezakan apalagi snipper, penetas benang, interfacing ntah ape2 lagi. kite pun bagi jer list tu kat kedai alat jahit kat pertama kompleks, bisik kat taukeh-auntie sbb xmo org dengar "auntie, saya x tahu barang ape dlm list tu, bgtau ye auntie!!" auntie tu senyum jer "oooh baru belajar jahit ye, takpe boleh tolong". sporting betul auntie tu satu per satu dia tunjuk siap penerangan lagik...hehehe


pastuh dalam kelas, cikgu pun ajar macamana nak ukur badan, buat pola, menggunting, menjahit dan buat kemasan baju. sabar jela cikgu mengajar, anak murid mmg lembab sket. menggunting dah gigil, jahit mesin lagi aahh takuuut. dah asik terbabas jer ada belok2 lagik.. pastuh keje jahit bukak jahit bukak...sampai lunyai baju dibuatnyer.


selepas beberapa hari belajar dan berkat kesabaran cikgu, baru nak nampak baju nyer...hehehe. baju kurung ku yang pertama, sempoi!!


fesyen blaus















Blaus sekarang macam-macam fesyen. memang minat sangat dgn blaus hari-hari bole pakai tapi takkan nak beli selalu kan. kalau yang cantik dan berkualiti semestinya harga pun berkualiti jugak ek. kalau cakap pasal saiz memang dah kalah sebab susah nak cari yang betul-betul serasi dengan badan yg x berapa nak comel nih.

biasanya kite amik saiz M atau L kalau bernombor 42 atau 44. masalahnyer kena tengok design pulak, banyak kecik kat pinggul. ntah la baju yg kecik ke badan yang lebar, ape ape jela...

kat atas tu antara fesyen blaus amik kat website mybusana. cantik sangat, ingat nak try buat la...

Wednesday, July 1, 2009

popiah oh popiah




bukan nak cerita pasal resepi tapi alkisah berkaitan dengan popiah. popiah mmg favourite keluarga. kalau mana2 tempat jual popiah mesti singgah. sampai pergi kat ipoh pun cari sbb orang kata sedap. kat sini pun ada tapi susah nak cari yang sedap adapun kat pasar ramadhan. itupun kena pergi sebelum pukul 5ptg dan kena beratur panjang...emmm. harga boleh tahan la lebih mahal daripada kuih lain. oleh kerana terlalu suka makan popiah ni, nak try jugak buat tapi asik x jadik. kulit jadik lempeng kematu, inti pun kureng sedap berair. dalam pencarian, terjumpa la sifu yang pandai buat popiah ni.


apalagi dengan ilmu yang diberi terus practice kat rumah. hehehe menjadi pulak tu. bantai 1kg tepung hah...puas nak abiskan apalagi bawak gi ofis...hehehe..


gambo popiah dgn sos kacang tu bukan yang kite buat tau tapi popiah dibuat oleh seorang kawan sekarang jadik usahawan popiah yang berjaya.
tips: utk kulit popiah jadi lembut dan kenyal, adunan tepung ditambah sedikit cuka (1 sudu/1kg tepung) dan adunan direhatkan selama 1 jam. insyallah, hasilnya pasti memuaskan. cubalah..


ni popiah yg saya buat, boleh lah kot. dh terjual lebih 100pcs..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...