Friday, September 16, 2011

kek pelangi (rainbow cake)

tengok kek pelangi org buat rasa geram jeerrr. huwaaaa nak wat juuggaaakk!!!..camane ek? nak gi kelas tutup lagi sifu tgh raya sakan or tgh bersilat siapkan order jamuan raya sana sini..huhu

takpe takpe meh kita cecuba try test dulu ek...yg penting kena study kaler pelangi ni. jomm...



okay, dah siap kek nyer





nasi arab - kabsah vs kek pelangi?

sempena hari malaysia, cuti malas nk pegi mane2 wpun ada open haus..hehe. teringin nak makan nasi arab lah.. so jenguk2 barang dapur ape yang ada. yg penting ada beras, bawang, rempah..apa lagi layan lah.





tak syok kalau tak tunjuk resepi kan. masa beli rempah kabsah diberi resepi sekali. adjust sket coz tak ramai yang makan. Kt gambar ada letak sekali rendang daging buat 2 hari lepas. elok lagi coz simpan freezer. makan mmg tak ingat dunia...huhu


Resepi

Bahan: (2-3 org makan)

Bahan A:
1 1/2 cawan beras basmathi (guna beras biasa jekk)
1 biji limau kasturi (tak masuk coz takde...huhu)
1 inci lobak merah dihiris halus panjang
1/2 biji tomato dipotong dadu (dlm resepi kena blend dgn sket air)
air utk masak nasi secukupnya

Bahan B
1/4 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong halus
1 inci halia dihiris
1 sb mentega (resepi asal guna minyak sapi)
1/2 cawan isi ayam (nak masuk peha ayam 2-3 ketul pun boleh)
Rempah biji 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga)
1 sb paras/flat rempah Kabsah (beli kat Citraklasik)


Cara:

1.Bahan B: Panaskan mentega, tumis semua bawang, halia dan rempah biji. biar garing
2. Masukkan rempah kabsah, isi ayam. Kacau dan biar ayam separuh masak (huhu...masa ni semerbak bau rempah)
3. Bahan A: Dlm rice cooker, sediakan beras ditambah air mcm masak nasi. Masukkan lobak dan tomato
4. Tambah bahan tumis & ayam tadi, gula dan garam secukup rasa
5. Gaul sebati dan biarkan nasi masak

Hidangkan bersama salad tomato dan cili benggala yang dipotong dadu. kalau ada ayam goreng/grill lagi best.

nasi arab mmg sesuai utk orang yang tak suka pedas dan juga anak2. rasa rempah sgt mild kekadang ada juga rasa pedas sket2 dr lada hitam.
Selain ayam, boleh ganti dgn daging lembu atau kambing. huhu...sedap tu


kt tajuk ade cite pasal kek pelangi ek. masih dlm pembinaan. hehe tgk post baru kat sini ya

Friday, September 9, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...