Thursday, October 6, 2011

kek coklat lembap (choc moist cake)














resepi yang sgt simple tak pernah mengecewakan. saya guna whisker manual dan senduk sahaja. selamat mencuba

inspirasi dari Resepi Kek Kukus zaima dan diubahsuai sedikit:

Bahan-Bahan:

A:
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu segar/UHT
1 cawan minyak masak

B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bicarbonate

C:
3 biji telur gred B

Cara :
-Campur semua bahan A ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
-Panaskan oven suhu 180 atau mengikut oven masing-masing
-Bahan C: Telur dipukul dengan whisker hingga kembang kemudian tuangkan bahan A tadi sambil dipukul dengan perlahan.
-Masukkan bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga sebati.
-Tuang dalam acuan bulat 8" yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.
-Bakar selamat 40 minit atau sehingga masak atau kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Acuan ditutup dengan plastic wrap utk mengelakkan wap menitik di atas kek.
-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache atau buttercream

rainbow cake...lagi



kek pelangi dengan topping ganache atas permintaan rakan-rakan di UIAM. tks a lot dear

Friday, September 16, 2011

kek pelangi (rainbow cake)

tengok kek pelangi org buat rasa geram jeerrr. huwaaaa nak wat juuggaaakk!!!..camane ek? nak gi kelas tutup lagi sifu tgh raya sakan or tgh bersilat siapkan order jamuan raya sana sini..huhu

takpe takpe meh kita cecuba try test dulu ek...yg penting kena study kaler pelangi ni. jomm...



okay, dah siap kek nyer





nasi arab - kabsah vs kek pelangi?

sempena hari malaysia, cuti malas nk pegi mane2 wpun ada open haus..hehe. teringin nak makan nasi arab lah.. so jenguk2 barang dapur ape yang ada. yg penting ada beras, bawang, rempah..apa lagi layan lah.





tak syok kalau tak tunjuk resepi kan. masa beli rempah kabsah diberi resepi sekali. adjust sket coz tak ramai yang makan. Kt gambar ada letak sekali rendang daging buat 2 hari lepas. elok lagi coz simpan freezer. makan mmg tak ingat dunia...huhu


Resepi

Bahan: (2-3 org makan)

Bahan A:
1 1/2 cawan beras basmathi (guna beras biasa jekk)
1 biji limau kasturi (tak masuk coz takde...huhu)
1 inci lobak merah dihiris halus panjang
1/2 biji tomato dipotong dadu (dlm resepi kena blend dgn sket air)
air utk masak nasi secukupnya

Bahan B
1/4 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong halus
1 inci halia dihiris
1 sb mentega (resepi asal guna minyak sapi)
1/2 cawan isi ayam (nak masuk peha ayam 2-3 ketul pun boleh)
Rempah biji 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga)
1 sb paras/flat rempah Kabsah (beli kat Citraklasik)


Cara:

1.Bahan B: Panaskan mentega, tumis semua bawang, halia dan rempah biji. biar garing
2. Masukkan rempah kabsah, isi ayam. Kacau dan biar ayam separuh masak (huhu...masa ni semerbak bau rempah)
3. Bahan A: Dlm rice cooker, sediakan beras ditambah air mcm masak nasi. Masukkan lobak dan tomato
4. Tambah bahan tumis & ayam tadi, gula dan garam secukup rasa
5. Gaul sebati dan biarkan nasi masak

Hidangkan bersama salad tomato dan cili benggala yang dipotong dadu. kalau ada ayam goreng/grill lagi best.

nasi arab mmg sesuai utk orang yang tak suka pedas dan juga anak2. rasa rempah sgt mild kekadang ada juga rasa pedas sket2 dr lada hitam.
Selain ayam, boleh ganti dgn daging lembu atau kambing. huhu...sedap tu


kt tajuk ade cite pasal kek pelangi ek. masih dlm pembinaan. hehe tgk post baru kat sini ya

Friday, September 9, 2011

Tuesday, July 5, 2011

colorful cupcakes

pesanan dari melaka - choc moist dan vanila cupcake tema bunga-bungaan daripada buttercream dan fondant.

macarons - french or italian?

masa mula2 makan macarons ni rasa macam terbang ke europe...hehe. apatah lagi seronok tgk sebab comel dan colourful. tapi bila nak kena penangan dia, mmg pening la. nak buat punyerlah susah byk pantang larang. kalau tak berguru, selamat la macaron saya dlm tong sampah...huhu. alhamdulillah berkat usaha dan ajaran cikgu yg baik hati, menjadi jugak macaron saya walaupun pertama kali buat...hehe semua ciri2 ada - ada kaki, shell elok bulat jer, rangup, chewy yg paling penting rasa memang MANISSSS!!!...huhu

apa yang saya nak share adalah perbezaan antara cara french dan italian. nanti saya share info lanjut. tgk dulu gambar ni.


kiri: french, kanan: italian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...