Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

kek coklat lembap (choc moist cake)














resepi yang sgt simple tak pernah mengecewakan. saya guna whisker manual dan senduk sahaja. selamat mencuba

inspirasi dari Resepi Kek Kukus zaima dan diubahsuai sedikit:

Bahan-Bahan:

A:
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu segar/UHT
1 cawan minyak masak

B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bicarbonate

C:
3 biji telur gred B

Cara :
-Campur semua bahan A ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
-Panaskan oven suhu 180 atau mengikut oven masing-masing
-Bahan C: Telur dipukul dengan whisker hingga kembang kemudian tuangkan bahan A tadi sambil dipukul dengan perlahan.
-Masukkan bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga sebati.
-Tuang dalam acuan bulat 8" yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.
-Bakar selamat 40 minit atau sehingga masak atau kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Acuan ditutup dengan plastic wrap utk mengelakkan wap menitik di atas kek.
-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache atau buttercream

rainbow cake...lagi



kek pelangi dengan topping ganache atas permintaan rakan-rakan di UIAM. tks a lot dear

Friday, September 16, 2011

kek pelangi (rainbow cake)

tengok kek pelangi org buat rasa geram jeerrr. huwaaaa nak wat juuggaaakk!!!..camane ek? nak gi kelas tutup lagi sifu tgh raya sakan or tgh bersilat siapkan order jamuan raya sana sini..huhu

takpe takpe meh kita cecuba try test dulu ek...yg penting kena study kaler pelangi ni. jomm...



okay, dah siap kek nyer





nasi arab - kabsah vs kek pelangi?

sempena hari malaysia, cuti malas nk pegi mane2 wpun ada open haus..hehe. teringin nak makan nasi arab lah.. so jenguk2 barang dapur ape yang ada. yg penting ada beras, bawang, rempah..apa lagi layan lah.





tak syok kalau tak tunjuk resepi kan. masa beli rempah kabsah diberi resepi sekali. adjust sket coz tak ramai yang makan. Kt gambar ada letak sekali rendang daging buat 2 hari lepas. elok lagi coz simpan freezer. makan mmg tak ingat dunia...huhu


Resepi

Bahan: (2-3 org makan)

Bahan A:
1 1/2 cawan beras basmathi (guna beras biasa jekk)
1 biji limau kasturi (tak masuk coz takde...huhu)
1 inci lobak merah dihiris halus panjang
1/2 biji tomato dipotong dadu (dlm resepi kena blend dgn sket air)
air utk masak nasi secukupnya

Bahan B
1/4 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong halus
1 inci halia dihiris
1 sb mentega (resepi asal guna minyak sapi)
1/2 cawan isi ayam (nak masuk peha ayam 2-3 ketul pun boleh)
Rempah biji 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga)
1 sb paras/flat rempah Kabsah (beli kat Citraklasik)


Cara:

1.Bahan B: Panaskan mentega, tumis semua bawang, halia dan rempah biji. biar garing
2. Masukkan rempah kabsah, isi ayam. Kacau dan biar ayam separuh masak (huhu...masa ni semerbak bau rempah)
3. Bahan A: Dlm rice cooker, sediakan beras ditambah air mcm masak nasi. Masukkan lobak dan tomato
4. Tambah bahan tumis & ayam tadi, gula dan garam secukup rasa
5. Gaul sebati dan biarkan nasi masak

Hidangkan bersama salad tomato dan cili benggala yang dipotong dadu. kalau ada ayam goreng/grill lagi best.

nasi arab mmg sesuai utk orang yang tak suka pedas dan juga anak2. rasa rempah sgt mild kekadang ada juga rasa pedas sket2 dr lada hitam.
Selain ayam, boleh ganti dgn daging lembu atau kambing. huhu...sedap tu


kt tajuk ade cite pasal kek pelangi ek. masih dlm pembinaan. hehe tgk post baru kat sini ya

Wednesday, June 8, 2011

kek kahwin - silver & grey color

deco class

memang penat tapi puashati bila melihat hasilnya. deko kek tak henti dari jam 10.30pagi sampai 5petang rehat makan sekejap tak sedar dh nak habis. terima kasih kepada kak liana dan kak azie atas segala ilmu yang diberikan.


2 stacked steam buttercream cake with roses


chocolate roses


princess doll cake


single steam buttercream cake

Tuesday, May 3, 2011

kek harijadi

kek sempena harijadi sepupu di melaka. guna kek span vanilla dan buttercream. dihias pula dengan hiasan yg simple dan sugar button yg lebih masa buat cupcake haritu. semoga panjang umur dan murah rezeki kebetulan beliau bersanding pada hari yang sama

Thursday, April 14, 2011

Birthday cake for my sister

As a gift to my sister for her birthday today 14 April. Choc moist cake with fresh cream and sugar flowers

Friday, April 1, 2011

tiramisu in love

really love this cake. simply delicious, its only sponge cake (not readymade no tiramisu biscuit also) with cheese cream layer, cover whole with fresh cream and finishing with coco powder

Saturday, February 19, 2011

kek kasih sayang



kek merah baldu (red velvet cake) ni dh lama buat sejak tahun lepas..baru nak upload. warna merah yg menarik, rasa coklat yg sedap. cuma ubahsuai resepi frosting kepada buttercream coz xde cream sheese. kes malas nak beli. resepi boleh dapat kat sini

Friday, October 23, 2009

muffin dan carrot cake...huhuh



ruper muffin ku. gambo carrot cake x sempat snap. xde resepi di sini. pergi kedai bakeri beli 'mix' jer. balik umah bancuh tambah telur, minyak n air. tu je kan senang..

Tuesday, October 6, 2009

kek keju ala 'japanese cotton'

sajer nak share resepi japanese cotton cheesecake nih. memang confirm jadi dan sedap. dah berkali-kali buat mmg suker lah. resepi ni diambil daripada member WMC dan resepi dianadessert.com

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A: 250g cream cheese 50g butter 100 ml susu segar (fresh milk) 6 biji kuning telur 1 sdb jus lemon 1/4 sdk garam 60g tepung kek / tepung superfine 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B: 140g gula (granulated sugar) 6 biji putih telur 1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1.Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.











2.Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).











3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek - saya guna loyang biasa 4 segi jer, so tak risau kalau air masuk.











4.Bakar kek dlm 1 jam 30min dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F - tapi kalau nak express tak perlu guna teknik ni pun xpe, menjadi jugak










tambah sikit coklat dan poppy seed nak bagi meriah.

nih kek yg siap dibakar...biar sejuk dlm oven















komen: memang kena dengan citarasa, tak terlalu manis, rasa cheese yg mild, tektur kek gebu dan berongga mcm span, tak terlalu padat mcm unbaked/chilled cheesecake tuh.. yg tu selalu melekat kt lelangit. utk rasa lebih cheese, ada forumer cadang tambah lagi cream cheese hingga 500gm. resepi lain ada guna base samada digestive or oreo cookies yg telah dihancurkan dan ditambah dgn butter.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...