Wednesday, July 1, 2009

popiah oh popiah




bukan nak cerita pasal resepi tapi alkisah berkaitan dengan popiah. popiah mmg favourite keluarga. kalau mana2 tempat jual popiah mesti singgah. sampai pergi kat ipoh pun cari sbb orang kata sedap. kat sini pun ada tapi susah nak cari yang sedap adapun kat pasar ramadhan. itupun kena pergi sebelum pukul 5ptg dan kena beratur panjang...emmm. harga boleh tahan la lebih mahal daripada kuih lain. oleh kerana terlalu suka makan popiah ni, nak try jugak buat tapi asik x jadik. kulit jadik lempeng kematu, inti pun kureng sedap berair. dalam pencarian, terjumpa la sifu yang pandai buat popiah ni.


apalagi dengan ilmu yang diberi terus practice kat rumah. hehehe menjadi pulak tu. bantai 1kg tepung hah...puas nak abiskan apalagi bawak gi ofis...hehehe..


gambo popiah dgn sos kacang tu bukan yang kite buat tau tapi popiah dibuat oleh seorang kawan sekarang jadik usahawan popiah yang berjaya.
tips: utk kulit popiah jadi lembut dan kenyal, adunan tepung ditambah sedikit cuka (1 sudu/1kg tepung) dan adunan direhatkan selama 1 jam. insyallah, hasilnya pasti memuaskan. cubalah..


ni popiah yg saya buat, boleh lah kot. dh terjual lebih 100pcs..hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...