
resepi yang sgt simple tak pernah mengecewakan. saya guna whisker manual dan senduk sahaja. selamat mencuba
inspirasi dari Resepi Kek Kukus zaima dan diubahsuai sedikit:
Bahan-Bahan:
A:
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu segar/UHT
1 cawan minyak masak
B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bicarbonate
C:
3 biji telur gred B
Cara :
-Campur semua bahan A ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
-Panaskan oven suhu 180 atau mengikut oven masing-masing
-Bahan C: Telur dipukul dengan whisker hingga kembang kemudian tuangkan bahan A tadi sambil dipukul dengan perlahan.
-Masukkan bahan B yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul cara kaup & balik menggunakan senduk hingga sebati.
-Tuang dalam acuan bulat 8" yang telah dilengser dengan minyak masak bahagian dasar & tepinya & dialas dengan kertas minyak didasarnya.
-Bakar selamat 40 minit atau sehingga masak atau kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Acuan ditutup dengan plastic wrap utk mengelakkan wap menitik di atas kek.
-Sejukkan kek sebelum dihias dengan coklat ganache atau buttercream
No comments:
Post a Comment