Monday, September 28, 2009

sulam cabut sarawak










sulam cabut ni x pasti asal mana tapi dihasilkan oleh org sarawak. mmg cantik, kreatif dan unik berbanding dgn sulam benang biasa. sulaman ala-ala smocking cuma benang kain perlu dicabut dulu. kerja tangan ni belum ada mesin yang boleh ganti sbb tu harganya upah boleh tahan juga berbaloi dgn hasilnya.



ni baju kurung sulam cabut yg baru ditempah khas daripada sarawak. sulaman dibuat pada bahagian tangan dan bawah baju. bahagian leher pula dibuat sulaman 'simoh'. sebenarnya dah puas tanya n cari kat kl ni tapi x jumpa org yg boleh buat. nasib baik ada kawan forumer WMC - Rozana yang sudi membantu memberi maklumat lantas kita pun terus menempah.



nak tahu step buat sulam cabut nih, try tengok blog erpha. kt situ ada mcm2 corak dan cara2 menjahit. hai..kena byk sabar nak buat tu..

Friday, August 21, 2009

kurung moden tangan kembang


emm...dah trend sekarang gi mane2 pun x kira blaus ke kurung ke jubah ke tang tgn mesti kembang punyer. sebaiknyer kain yg nipis n lembut i.e. chiffon mmg sesuai sangat.

org buat kita pun sibuk nak buat jugak...hehehe. ni baju kurung tgn kembang tu tapi kembang mengeras x berape nak jadik sbb guna kain biasa. kemalasan melanda nak beli chiffon nk cari lining lagik..huhuhu. mungkin akan datang boleh lah try guna kain lembut pulak...

baju melayu abah


1st time buat baju melayu style moden ni request daripada abah. guna pola kemeja ubahsuai jadi kolar mandarin, tambah jd 3 poket dan cover butang. x reti nak bagi nama ape.

baju ni lum abis tang kemasan tangan n bawah baju. snap photo dulu, takut x sempat kena sambar empunya baju...

Thursday, August 20, 2009

Monday, August 3, 2009

jus avocado...emm sedapnyer


jus avocado ke jus avokat...mcm2 panggilan. tapi rasa same jer. mmg favorite kite, jus pekat, sejuk dan ada rasa coklat sedap tul. 1st minum kt kedai makan di kg baru, kl. kalau minum tu, pastikan nasi & lauk ngam2 jer nak alas perut sbb bila minum air ni rasa full perut terus kenyang. kalau x mkn nasik pun xpe.


ni nak try buat sendirik...resepi amik kt blogresepi. avocado dh beli..apalagi

roti jala la...



roti jala ni simple jer bahan2 nyer. tepung, telur, susu, air dan sedikit garam & pewarna. kita blend sume barulah masukkan dlm acuan roti jala. tapi kalau x kena gaya guna acuan tu, kekadang bancuhan takmo kuar. mungkin tepung masih bergentel lagi. pastikan tepung betul2 sebati ye...puan-puan.

roti jala dlm gambo tu buat bergulung dan ada inti kentang. resepi yg simple begini:

4 cawan tepung gandum

2 cawan air

1 cawan susu segar (boleh ganti dgn santan pekat)

1 biji telur

sedikit garam & pewarna kuning (serbuk kunyit kalau suker..)

cara: campur semua bahan dalam blender. kalau pekat sangat tambah sedikit air atau susu. lepas tu panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak masak. guna acuan roti jala...terus menjala la kite nyer hingga semua tepung dihabiskan. boleh makan dgn kari atau kuih manis i.e. durian atau pengat.

Thursday, July 23, 2009

manikmanikmanik......

terima kasih kepada ija, co-mate yg sudi mengajar jahit manik ni. rupenyer seronok jahit manik ni. leka dibuatnyer apatah lagi dgn kombinasi warna yg cantik berpinau bijik mata. kalau kreatif, masyallah hasilnyer xleh nak cite...marvellous!!! bila tgk website beader2 lain, mmg advance la diaorg mcm2 patern. patern simple pun nampak menarik dan mcm mahal jer bila terletak kat baju.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...