Friday, February 5, 2010

my breadmaker

selepas puas mencari akhirnya jumpa juga breadmaker idaman ku...hehehe. jenama yg lain tu ada gak tapi mahal x ingat. walaupun cuma brand pasaraya, tp tersangat suker...


wholemeal bun:


pizza ku:

sekian lama...

lamanya x update..byk aktiviti sampai x ter update. ingat nk start menjahit, rasa mcm nak buat byk baju tahun ni...hehehe

buat masa nih, layan mkn2 dulu ek

kek harijadi utk haziq:

Friday, October 30, 2009

nak buat marshmallow


ni baru cite nak buat...tapi lum buat lagik..hehehe. sebenarnya suka sgt tapi selalu was-was nak makan sbb bahannya utama ada gelatin kan. so sekarang tgh mencari resepi kt internet. cara buat nampak simple dan bahan pun senang: air sejuk, gula, gelatin, corn syrup, tepung jagung dan pewarna. kalau ikut checklist, bahan semua dah ada kecuali corn syrup. hari tu dah jumpa corn syrup ni kt kedai bakeri, harga boleh tahan jugak. sebotol kecil tak ingat berapa ml (mcm botol minyak masak yg paling kecik tu...) harga rm1x.xx ingat nak pergi survey tempat lain manalah tau dapat lagi murah kot...sbb tu la x buat2 sampai sekarang..hehehe. gelatin pulak kalau lebih confident beli kt halalgelatine.com

kalau rajin tgk kt internet, ada resepi guna telur pulak...emmm macamane rasanyer ek. kena try buat jugak, 2 version tu.

resepi boleh tengok kt sini:
joy of baking
shafidah blog

resepi marshmallow yg guna telur:
allrecepies

kalau dh buat nnt..kita update lagi. ok

Friday, October 23, 2009

muffin dan carrot cake...huhuh



ruper muffin ku. gambo carrot cake x sempat snap. xde resepi di sini. pergi kedai bakeri beli 'mix' jer. balik umah bancuh tambah telur, minyak n air. tu je kan senang..

roti siput

bila tengok roti siput ni teringat masa kecik2 dulu. masa tu mane ade kedai bakeri. selalu beli roti ni kt bai yg lalu depan umah. terjumpa resepi pulak tu kat blog Shafidah, ni hasilnyer...

1st time buat, x guna tepung High Protein pun. agak keras skit. lagipun, silap sendiri sbb uli sekejap jer. sakit tangan nak uli lama2. bila jadik camni, rasa tekad nak beli breadmaker. tak kira la.

Tuesday, October 6, 2009

kek keju ala 'japanese cotton'

sajer nak share resepi japanese cotton cheesecake nih. memang confirm jadi dan sedap. dah berkali-kali buat mmg suker lah. resepi ni diambil daripada member WMC dan resepi dianadessert.com

Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A: 250g cream cheese 50g butter 100 ml susu segar (fresh milk) 6 biji kuning telur 1 sdb jus lemon 1/4 sdk garam 60g tepung kek / tepung superfine 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B: 140g gula (granulated sugar) 6 biji putih telur 1/4 sdk tartar krim (cream of tartar) atau 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

1.Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati.











2.Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama tartar krim, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).











3.Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek - saya guna loyang biasa 4 segi jer, so tak risau kalau air masuk.











4.Bakar kek dlm 1 jam 30min dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F - tapi kalau nak express tak perlu guna teknik ni pun xpe, menjadi jugak










tambah sikit coklat dan poppy seed nak bagi meriah.

nih kek yg siap dibakar...biar sejuk dlm oven















komen: memang kena dengan citarasa, tak terlalu manis, rasa cheese yg mild, tektur kek gebu dan berongga mcm span, tak terlalu padat mcm unbaked/chilled cheesecake tuh.. yg tu selalu melekat kt lelangit. utk rasa lebih cheese, ada forumer cadang tambah lagi cream cheese hingga 500gm. resepi lain ada guna base samada digestive or oreo cookies yg telah dihancurkan dan ditambah dgn butter.

Monday, September 28, 2009

sulam cabut sarawak










sulam cabut ni x pasti asal mana tapi dihasilkan oleh org sarawak. mmg cantik, kreatif dan unik berbanding dgn sulam benang biasa. sulaman ala-ala smocking cuma benang kain perlu dicabut dulu. kerja tangan ni belum ada mesin yang boleh ganti sbb tu harganya upah boleh tahan juga berbaloi dgn hasilnya.



ni baju kurung sulam cabut yg baru ditempah khas daripada sarawak. sulaman dibuat pada bahagian tangan dan bawah baju. bahagian leher pula dibuat sulaman 'simoh'. sebenarnya dah puas tanya n cari kat kl ni tapi x jumpa org yg boleh buat. nasib baik ada kawan forumer WMC - Rozana yang sudi membantu memberi maklumat lantas kita pun terus menempah.



nak tahu step buat sulam cabut nih, try tengok blog erpha. kt situ ada mcm2 corak dan cara2 menjahit. hai..kena byk sabar nak buat tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...